NEW YORK – Harga minyak susut hari ini berikutan kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah, ekonomi global dan prospek permintaan bahan api yang tidak menentu susulan pemotongan bekalan oleh OPEC+.
Minyak mentah Brent susut AS$0.48 atau 0.6%, kepada AS$81.18 setong.
Manakala minyak mentah AS, West Texas Intermediate berada pada AS$77.39 setong juga 0.6% lebih rendah.
Kedua-dua kontrak jatuh lebih daripada 5% minggu lepas, penurunan mingguan pertama dalam lima hari kerana permintaan petrol Amerika Syarikat jatuh dari setahun yang lalu, mencetuskan kebimbangan kemelesetan dalam kalangan pengguna minyak utama itu.
Data ekonomi AS yang lemah dan pendapatan korporat yang mengecewakan daripada sektor teknologi mencetuskan kebimbangan pertumbuhan dalam kalangan pelabur.
Bank Pusat AS, Britain dan Eropah dijangka menaikkan kadar faedah selepas mesyuarat pada minggu pertama Mei, dalam usaha menangani inflasi. – Agensi