WASHINGTON- Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken memberitahu, pihak bertelagah di Sudan bersetuju untuk melakukan gencatan senjata selama 72 jam bermula tengah malam Isnin (22:00 GMT).
Ia merupakan gencatan senjata ketiga yang diumumkan sejak keganasan mula berlaku bulan ini namun tiada satu pun yang berjaya.
Blinken berkata, persetujuan itu dicapai di antara pihak tentera dengan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) selepas rundingan selama 48 jam.
Sekurang-kurangnya 400 terbunuh sejak pertelagahan bermula 15 April lalu.
Terdahulu, Blinken berkata, terdapat beberapa konvoi yang dalam usaha memindahkan orang awam telah dirompak.
Tambahnya, AS melihat potensi untuk menyambung semula kehadiran diplomatik di Sudan namum keadaannya “sangat mencabar”.- Agensi