Keadaan banjir yang masih belum surut berikutan hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan bandar Kota Tinggi, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Ribut petir dan hujan lebat juga angin kencang dijangka melanda negeri Selangor hari ini.

Cuaca sama diramal melanda beberapa kawasan lain sekitar Pantai Barat Semenanjung termasuk Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), situasi sama turut dijangka berlaku di kawasan tengah seperti di Cameron Highland, Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh, Pahang serta di Gua Musang, Kelantan selain di Kapit dan Miri, Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini,” katanya dalam laman sosial Facebook. -MalaysiaGazette