KUALA LUMPUR – Cuaca lembab yang dijangka berterusan bakal menamatkan keadaan panas di seluruh negara.
Ketua Pengarah Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata, suhu di kebanyakan tempat telah menunjukkan penurunan susulan daripada hujan dan ribut yang berlaku.
“Jabatan Meteorologi juga meramalkan cuaca akan kekal lembab dan keadaan yang panas dijangka tamat dalam beberapa hari terdekat,” katanya kepada Oriental Daily.
Sementara itu, mengenai gegaran yang dirasai di Semenanjung susulan gempa bumi di Sumatera, Muhammad Helmi berkata, selain Sabah, Malaysia secara umumnya terletak dalam kawasan yang mempunyai tahap gempa yang rendah.
Katanya, kebanyakan gempa bumi di Malaysia berlaku di garis sesar di Sabah termasuk garis sesar Lobou-Lobou dan garis sesar Mensaban.
Menurutnya, walau bagaimanapun, Malaysia sering mengalami gegaran susulan daripada gempa yang berlaku di Indonesia.
“Oleh itu, Jabatan Metereologi akan memantau gempa utama yang berlaku di Indonesia dan memaklumkan kepada orang ramai dan pihak berkuasa,” katanya. – MalaysiaGazette