Program masakan bertajuk Cooking Show With Michael Ang akan disiarkan di saluran Youtube.

KUALA LUMPUR – Selepas  berjaya menarik minat penonton menerusi program masakan sebelum ini, pengarah dan penerbit, Michael Ang akan kembali dengan program sama sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini.

Program masakan bertajuk Cooking Show With Michael Ang akan disiarkan di saluran Youtube selepas Michael dilantik sebagai duta produk gula batu keluaran Sweet Home Candied Products Sdn Bhd (Sweet Home)

Pengarah Urusannya, Vincent Teh Chun Hwa berkata, selebriti terkenal itu juga akan turut terlibat di dalam video raya Sweet Home berjudul “gula dari syurga”.

“Michael akan menghasilkan program masakan sebanyak lapan episod yang sedang dalam pembikinan di mana rancangan masakan ini akan disiarkan di saluran Youtube selepas Aidilfitri ini.

Cooking Show With Michael Ang itu ditaja oleh Sweet Home yang akan mengetengahkan sajian yang enak dan mudah dimasak menggunakan gula batu Sweet Home,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Sweet Home yang kini muncul sebagai antara pengeluar utama gula batu di Malaysia dan Asia Tenggara merupakan perniagaan keluarga yang dimulakan di Jinjang, Kepong, pada tahun 1974.

Awalnya syarikat dinamakan Teh Sey Ming Candied Melon Factory (TSM) dan sejajar perkembangan perniagaan, pada tahun 2000 syarikat ditukar kepada nama ba Sweet Home.

Ketika ini, syarikat itu turut mengeluarkan minuman Longan dan Halia serta Rock Sugar, Brown Sugar, Yellow Rock Sugar dan Honeycomb Sugar.

Michael Ang kini menjadi duta produk gula batu keluaran Sweet Home.

Sementara itu Michael mengakui dia mengenali jenama berkenaan setelah diperkenalkan ibu yang sering menggunakan produk Sweet Home dalam masakan dan juga minuman sebelum ini.

“Kenapa gula batu berbeza daripada gula halus biasa kerana ia memberikan rasa dan tekstur yang lebih baik apabila kita menggunakannya berbanding gula halus dan ia juga melalui proses penghabluran selama 168 jam bersamaan tujuh hari.

“Gula batu bukan sahaja lebih bagus untuk kesihatan daripada gula biasa tetapi ia juga menambahkan lagi keenakan kepada kesemua jenis juadah kerana keunikan rasanya.

“Berbanding pesaing, gula batu yang dihasilkan oleh Sweet Home mendapat sijil pengilangan gula batu yang disahkan FSSC22000 di Malaysia dan kami juga merupakan pengeluar gula batu pertama disahkan halal oleh JAKIM,” katanya.

Dalam pada itu, Vincent memberitahu, syarikat ini diasaskan oleh bapanya itu amat mengutamakan kualiti pengeluaran produk.

Jelas beliau, ia bukan sahaja menjadi pelengkap kepada minuman dan makanan lain namun dijamin memuaskan hati pengguna.

“Selama 40 tahun kami bekerja tanpa jemu untuk mengeluarkan gula batu yang bermutu tinggi. Berserta pengalaman berpuluh tahun itu, kami kini pakar dalam bidang pengeluaran gula batu.

“Kejayaan syarikat kerana percaya adalah penting untuk memenuhi piawaian tinggi yang diperlukan oleh Industri Makanan Malaysia dan tiada kompromi dalam soal kualiti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast