Anwar bercakap dengan pemberita di Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengeluaran papan iklan (billboard) baharu membabitkan beliau dan Malaysia Madani tidak mendapat persetujuan serta kelulusannya.

Susulan itu, beliau telah mengarahkan semua pengeluaran papan iklan yang menggunakan peruntukan kerajaan dihentikan serta merta.

Bagaimanapun, jelas beliau, bagi papan-papan iklan yang telah siap dan dipasang boleh dikekalkan.

“Saya datang ke Alor Setar semalam diberitahu mengenai billboard Anwar serta Madani di seluruh negara. Suka saya tegaskan di sini, ia (pengeluaran papan iklan) tidak mendapat persetujuan dan kelulusan saya.

Anwar beramah mesra dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Madani di Alor Setar hari ini.

“Malah, ketika diminta penjelasan daripada jabatan berkenaan mereka memberitahu ia peruntukan lama dan disebabkan pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan ia dipindahkan.

“Bukan saja itu, pegawai yang terlibat merasakan mereka hanya meneruskan dasar sedia ada, jadi saya tak salahkan, kebetulan saya tidak dimaklumkan dan saya tidak boleh memberi keputusan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, di sini, hari ini.

Tambah beliau, pengeluaran papan iklan daripada peruntukan kerajaan tidak boleh diteruskan bagi menunjukkan pendirian Kerajaan Madani dan diharapkan perkara itu dihormati.

“Oleh kerana saya sudah dimaklumkan, saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat billboard besar-besar, cukuplah yang ada tetapi tidak boleh diteruskan,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. maknanya sama dan serupa….
    Welanon Welanon yang TELAH berada dalam barisan rejim boleh meneruskan….
    Welanon Welanon senarai dalam 6 NEGERI bakal menjelma perlu mendapat KELULUSAN. ehh adakan cerita 6JAHANAM!!!

Comments are closed.