Herry Nizam

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia yang berniat mahu ke Mekah dengan cara berjalan kaki kini sudah memasuki negara Thailand.

Menerusi hantaran terbarunya di Tiktok, Herry Nizam kini telah tiba di Sadao dan merancang untuk meneruskan perjalanan pada hujung minggu.

Sebelum itu, beliau memulakan perjalanannya dari Bidor, Perak pada awal minggu ini, lapor Facebook Viral Perak.

Herry Nizam kini sudah memasuki Thailand.

Herry dijangka akan menempuh perjalanan sejauh 10,160 kilometer melibatkan purata masa selama 84 hari dan 10 jam.

Dalam hantarannya, beliau juga akan memasuki Myanmar selepas Thailand dan beberapa negara lain lagi sebelum sampai ke Mekah.

Sementara itu, dalam hantarannya, Herry menyatakan kerisauan terhadap ayah dan ibunya yang tidak sihat di Malaysia sehingga menitiskan air mata.

“Entahlah kenapa hati ini benar-benar ingin ke tanah Suci dengan berjalan kaki, mungkin telah sampai seruan dari Allah,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.