KUALA LUMPUR – Penyanyi senior, Datuk Hattan menerima kecaman hebat netizen isu ‘sekolahkan’ pembaca berita televisyen baru-baru ini.
Bagaimanapun, Presiden Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid berpandangan di sebaliknya.
“Yang sepatutnya mohon maaf adalah penerbit berita Astroawani pada hari tersebut kerana beliau bertanggungjawab penuh atas program di bawah beliau seperti menyediakan skrip soalan dan juga memilih panel jemputan yang sesuai dan ada kena mengena dengan Kumpulan XPDC atau pun arwah Mael.
“Penerbit kena tampil buat penjelasan dan saya mewakili Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia mohon penerbit tersebut tampil menjelaskan pada masyarakat apa yang berlaku,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.
Baru-baru ini, Hattan dikatakan ‘menyekolahkan’ pembaca berita televisyen yang menemubualnya berkenaan kematian Mael XPDC namun ia berakhir dengan perbualan itu diputuskan oleh penyanyi tersebut.
Menurut Ayob, oleh kerana isu berkenaan berterusan dalam media sosial, Konsortium IRAMA melihat ia tidak adil kerana kesalahan hanya dilemparkan kepada artis kerana Hattan tidak minta ditemubual dalam siaran berita tersebut sebaliknya penerbit Berita Astroawani harus bersedia dengan soalan-soalan untuk diberi pada panel. – MalaysiaGazette
Setuju dengan pandangan tersebut
tidak adil jika hattan saja dipersalahkan.
Dah spesis berlagak sombong.. bukan pertama kali dia berperangai angkuh tu seolah2 dia hebat!!
Penerbit dan wartawan bodoh…lain kali sebelum bersiaran laangsung, study dulu..pastikan awk tu berilmu..jgn bagi soalan2 bodoh…ni lah standard wartawan Malaysia…
senang je, siapa berkuasa dia lah menang, hentikan je berurusan dgn “artis” sebegitu. check mate”. tiada lagi dia dlm program astro. Semudah ABC kan?
Penerbit dan Hattan patut bertanggungjawab..Pembaca berita hanya lihat apa yang dipaparkan diskrin atau kertas yg tersediakan.
Awak pun tidak ada ditempat beliau kalau ada memasti rasa terhina dan mungkin mahu maki balik.
awk kene tahu ye..penyampai berita,wartawan perkerjaan yg berlainan.. memang dalam 1 unit tapi tugasan mereka berlainan..contoh polis..ada bnyak jenis tugasan polis ni..polis bahagian jenayah,bahagian jln raya,bahgian forensik dn mcm2 lagi lah..sama jugak doctor nama 1 tapi jawatan tu bnyak..doc gigi,doc pakar puan..
contoh kalau ada pesakit tu nk beranak,doc gigi tak boleh ambik tugasan mereka pun tak belajar bahagian pakar puan..nk bntu pun mereka akan bantu pesakit dlm keadaan tenang..
sama mcm wartawan..nama 1 jawatan bnyak..penyampai berita dia buat kerja dia mcm artis(pelakon) baca skrip diberikan oleh penerbit.. mereka akan ulang kaji pun apabila skrip di tangan..lain pulak wartawan jenayah,wartawan fesyen,wartawan bencana,mereka kene buat kajian,mereka kene cari bahan untuk mereka menerangkan bahan mereka..contoh wartawan yg pergi ke kes tanah runtuh serta merta kene g tapak..mereka sebelum buat live mereka kene kaji dlu kejadian waktu,punca ada kematian atau tak..baru mereka siarkan..ni penyampai berita baca skrip skrin ni depa ni dpt bahan pemyampai dr penerbit..tapi pembaca berita tu hnya minta sepatah dua kata moment arwah tu sahaja dn ucapan akhir buat arwah dn famiky..simple je bro nk besar2kan buat apa..brdosa aibkan org
Betul. Setuju dengan kenyataan pertama. Pembaca berita tersebut, Syazwani, walau bagaimanapun adalah wartawan berijazah Komunikasi Massa dan “anchor journalist” Awani berpengalaman lebih 5 tahun. Namun beliau bukan wartawan hiburan. Pun demikian beliau professional dalam siaran. Ditanya kalau tahu siapa penulis lirik yang banyak sumbangan kepada XPDC (diberi bayangan orang itu juga sudah arwah), dijawab SAARI AMRI… bila pulak Saari meninggal? Jika tidak pasti jawab tidak pasti, atau saya cuba mengingat. Sambil itu mungkin sempat rakan dalam Konti cari jawapan atau memangpun ada yang tau sebab jawapan keduanya betul.
Apapun yang terbaik ialah temubual dirakam dahulu. Semua pihak akan selamat dari aib. Penyampai berita boleh sebut, “saksikan atau dengarkan temubual yang telah kami rakam….”. Banyak stesen menggunakan jalan selamat seperti itu. Wallahu’alam
simple jer soalan tu. so siapa yg bodoh?
iya betul, tapi bende ni tak akan jadi isu kalau dato hattan jaga adab dan tutur kata, dia boleh menjelaskan secara baik dan jelas pada wartawan tersebut tanpa masalah.
Tak juga dari aku dengan orang yang ditanya tu…. Tak tahu nak jawab.. Seolah sama orang yang tak perduli tahu kumpulan xpdc…. Cuma dia nak tutup. Jadi tunjuk acah2 bertanya balik… Cuba dia jawab saya tak ingat sangat kemudian ulasan yg baik2 sudah… Pada orang yg sudah tiada.
Engkau kena sedar tampa wartawan siapa la engkau, jangan berlagak sombong dan angkuh….
soalan x bod**, tapi straight fwd je..
simple..
isu attitude…feel im somebody?
Klau artis atau publik figure pn kna bersedia,klau org cal,jgn ambil mudah,jwab elok2,bersedia memjawap secara professional..sentiasa bersedia,jgn ulangi lagi kesilapn dan jwapan jika di interview,buatpembetulan….
Sepatutnya di hari raya ni kita bermaafan dan berdoa semoga arwah Mael dicucuri rahmat Allah. Sedekahkan al fatihah. Bukan nak viral perkara yang tak datangkan faedah hingga lupa kita kehilangan seorang insan seni yg beri kesan pada industri seni tanah air. Al Fatihah…
adab kemudian ilmu….di situ lah perbezaannya.
homework atau tidak..2nd issue.
bodah atau pandai 3rd issue
adab ni yg angkat martabat seseorang.