KUALA LUMPUR – UMNO perlu menghormati pendirian Amanah mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menegaskan, dasar hormat menghormati dan kesepakatan untuk memelihara negara perlu diutamakan berbanding perbezaan pendapat berhubung isu-isu khusus seperti pengampunan Najib.
“Kita akui Najib adalah individu berjasa bagi UMNO, jadi kita menghormati pendirian mereka (gesaan membebaskan Najib).
“Tetapi mereka perlu menghormati pendirian kita yang berbeza terhadap Najib dan untuk tidak mengampunkan Najib,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harapan Daily.
Khalid berkata, pendirian parti itu menolak pengampunan diraja ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seharusnya menjejas kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan.
“Saya minta maaf sekiranya pandangan kami terhadap Najib adalah berbeza tetapi itu adalah hakikat yang diketahui umum. Saya difahamkan ada di kalangan pimpinan dan ahli UMNO merasa terluka hati apabila kenyataan saya dikeluarkan.
“Bukan niat saya untuk melukakan hati mana-mana pihak tetapi sekadar menyatakan pandangan kami dalam isu yang penting ini,” tambahnya lagi.
Khalid berkatra, prinsip agree to disagree perlu dirai memandangkan Kerajaan Perpaduan terdiri daripada blok parti yang mempunyai perbezaan pemahaman politik.
Katanya, prinsip itu adalah perlu bagi mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan untuk memulihkan negara.
“Kerjasama ini terdiri daripada pelbagai parti dan kita berkongsi satu citra yang lebih besar iaitu pentabiran yang bersih, cekap dan berkesan serta keselesaan rakyat.
“Oleh itu, persamaan tersebut perlu mengatasi perbezaan dalam isu-isu tertentu,” tambah Khalid.
Beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan, Amanah merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib.
Khalid berkata, parti itu berpendirian, hanya dengan cara itu sahaja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga.
Beberapa pemimpin UMNO melahirkan perasaan tidak senang selepas Khalid mengeluarkan kenyataan tersebut dan menggesa beliau untuk meminta maaf.
Kenyataan paling keras datangnya daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Paud Zarkashi yang menyifatkan Amanah sebagai parti yang tidak boleh dijadikan sahabat.-MalaysiaGazette
PAN perlu dikeluarkan dari komponen kerajaan perpaduan. Sikapnya boleh merosakkan keharmonian kerajaan Madani.
Pandangan peribadi atau pendirian parti? Kalu pandangan/pendirian trsbt memperkukuhan perpaduan ok.. tp jika pandangan/pendirian membantu pihak musuh mempercepatkan usaha meruntuhkan perpaduan adalah amat malang dan satu kerugian serta mendatangkan laba kpd pihak yg nk melihat keruntuhan perpaduan.
PH adalah gabungan yang paling tak berguna kerana mereka menang dengan fitnah demi fitnah. Rakyat yang bodoh yang akan terus pegang dengan fitnah PH walaupun bukti demi bukti telah dikeluarkan dan diterangkan. Penyokong PH masih hidup dalam kejahilan dan kejumudan ditambah dengan hati yang hitam, lihat saja apa kemusnahan yang Ph lakukan, hilangnya batu putih, maruah Malaysia digadai oleh peguam pH yang bodoh kepada pihak sulu, ekonomi terus menjunam dan tidak menentu. Pemimpin PH hanya tahu bercakap bohong kepada rakyat tapi tidak mampu laksanakan apa yang dicakapkan.Bodoh.
Khalid Samad ni berpendirian yang santai. Kerajaan adalah perlu diutamakan untuk rakyat. Khalid pencetus *PERBEZAAN* ilmiah yang UMNO perlu pelajari. PARTI lebih diutamakan dari Individu. Negara perlu didahulukan lebih diutama dari Individu.
puak-puak UMNO ni tidak tahupun PERBEZAAN itu.
UMNO BUKAN KUDIS tapi TOKAK yang membusukkan NAMA MALAYSIA yang gemilang
puak PAN/PH tahu ke apa itu ilmiah. PAN/PH bukan lg tokak tp bangkai yg tak boleh ditutup lagi. hidup dgn fitnah dan kebodohan. jgn bercakap pasal negara didahuluksn kalo kedaulatan negara tergadai.apa yg penyokong ph buat? diam seribu bahasa malah kagum dengan kebodohan dan penipuan pemimpin ph. ambil kredit diatas usaha org lain, penyokong dan pemimpin ph hanya tahu salahkan org lain to diri sendiri bergeluma g tahi.