KUALA LUMPUR – Kelantan FC masih masih menunggu jika ada pihak yang mahu menjadi pemilik kelab baharu itu
Pemilik The Red Warriors (TRW) itu, Norizam Tukiman berkata, dia kekal terbuka menanti pemilik baharu jika ada pihak yang berminat untuk membeli sepenuhnya saham kelab itu.
Namun dia berharap pembida dapat hadir dengan menunjukkan bukti kewangan kukuh dan bukannya setakat sembang kosong sahaja.
“Dalam catitan saya, saya masih kekal terbuka untuk mana-mana individu yang mampu galas tugas sebagai ‘owner’ untuk beli TRW ini dari saya.
Malah, ada juga peminat yang meminta agar tawaran penjualan Kelantan FC dibuka untuk tempoh panjang dan bukannya sebulan.
“Saya masih terbuka. Cepat munculkan diri. Saya nak bayar gaji lagi ini. Kalau saya untung, marilah jadi ‘owner’ dan cari untung dengan ‘bisnes’ di bola.
“Saya ikhlas membina TRW sama sebagaimana saya selamatkan TRW tiga tahun lepas. Masa itu tak ada juga orang nak selamatkan.
“Hanya dalam tujuh hari hari saya selesai ‘deal’ dan bayar deposit beli Kelantan pada 3 September 2020,” katanya. – MalaysiaGazette