Nur Dhabitah dan Jiggy sudah mengenali sejak setahun lalu selepas bertemu pada sesi fotografi.

KUALA LUMPUR – Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 23, kini bergelar isteri kepada pelawak dan pelakon, Jiggy Masin, 33, dalam sebuah majlis tertutup, kelmarin.

Jiggy mengesahkan pernikahan itu kepada pihak media namun tidak berhasrat merahsiakan pernikahan sebaliknya cuma menunggu masa sesuai untuk berkongsi berita gembira.

Tambah Jiggy atau nama sebenarnya, Mohamad Aizat Ahmad Nazri, mereka merancang untuk meraikan hari bahagia menerusi sebuah majlis resepsi namun belum menetapkan tarikh memandangkan Nur Dhabitah akan ke China selama sebulan.

Terdahulu, Jiggy mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 selepas empat tahun bercinta dengan pengacara dan pelakon, Elly Ariffin.

Namun, jodoh terlerai pada 30 Januari 2020 dan tidak dikurniakan cahaya mata. – MalaysiaGazette