Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Kredit FB Sultan Johor
KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menyuarakan kebimbangan baginda terhadap desas-desus berkenaan kestabilan kerajaan yang terus kedengaran sehingga hari ini, walaupun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

“Rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu, dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

“Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina,” titah baginda dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook hari ini.

Bertitah lanjut, Sultan Ibrahim melahirkan pandangan bahawa keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara  baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.

“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini? Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titah baginda.

Desas-desus wujudnya cubaan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperkatakan kebelakangan ini. – MalaysiaGazette

 

5 Komen

  1. nama wartawan taknak letak? Tak berani ke? Ni kenyataan memesongkan. Sultan Johor kata jangan ada percubaan nak jatuhkan kerajaan perpaduan. Kau putar belitkan statement dia. Benda2 dangkal macam ni memang melayu paling champion.

  2. Orang politik yang jijik, jelik dan celaka ialah mereka yang sering dan terlalu taksub dengan berpolitik. Mendahulukan politik berbanding tanahair mereka sendiri. Sudahnya negara dan warganya menderita.

    Orang politik yang disanjung tinggi ialah mereka yang sentiasa memikirkan dan mendahului kepentingan negara dan warganya melalui wadah politik untuk menyumbang bakti demi mencapai keredaan Allah SWT.

    Ambillah iktibar dengan apa yang berlaku di Sudan, politik tak henti-henti hanya akan membawa kebencian dan membuka pintu permusuhan yang lebih besar dan mudarat.

    Mengapakah orang politik (termasuk segelintir pembaca portal ini) mengambil enteng perkara ini?

    Tidakkah hal yang sama berlaku ketika era Khilafah Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidina Muawiyah?

  3. Titah Sultan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak terutama orang2 politik terutama yg bertunjang di Johor dan pihak Istana pun jika ada landasanya boleh menasihati ( bukan campur tangan dlm soal politik ) sebab parti pembangkang yg bertunjang di negeri itu banyak meniupkan angin kegusaran dlm politik tanah air.

  4. Daulat Tuanku! Memang tepat titah tuanku. Dalam keadaan rakyat bergelut dgn kos sara hidup yg tinggi…dgn kenaikan OPR yg tinggi dan gaji yg rendah, org2 politik ini tidak habis2 berebut kuasa. Nafsu serakah mereka amat memualkan. Rakyat sudah bosan dgn ahli2 politik tak ada otak dgn perangai binatang ni

  5. OPR tinggi. Bayangkan setiap kenaikan bayaran rumah RM100 setiap bulan x 12 x 25 tahun tempoh pinjaman rumah misalnya. Dah berapa puluh ribu ringgit lagi yang rakyat terpaksa tanggung hutang? Ianya sangat membebankan bagi B40? Golongan kayangan mungkin tidak terkesan? Kah..kah..kah..

Comments are closed.