KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) secara jelas menyatakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP tidak kompeten dan perlu ditukar, kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Wan Saiful berkata, sifat tidak kompeten itu dipamerkan kerajaan gabungan DAP-UMNO apabila Kerajaan Pusat terpaksa masuk campur dalam keputusan kerajaan negeri itu.
“Saya dan rakan-rakan PN telah banyak menyuarakan kebimbangan rakyat terhadap Projek PSI. Tapi DAP-UMNO terlalu sombong dan tidak mahu mendengar pandangan rakyat.
“Hari ini Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan yang overule kerajaan negeri dan mengarahkan Projek PSI ini dikaji semula agar skopnya dapat dikurangkan.
“Maksudnya pandangan kami memang betul sejak awal lagi. Kalau kami tak tegas dan konsisten bersuara, saya rasa DAP-UMNO akan terus sombong dan tidak menghiraukan suara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulas langkah Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan projek tambak laut Selatan Pulau Pinang (PSI) akan disemak semula dan dikecilkan skopnya.
Dengan tanah yang ditambak dalam projek itu akan dijual bagi mendanai pembinaan LRT di Pulau Pinang, Anwar berkata, kerajaan akan menambah dana menerusi skim khas kepada negeri itu untuk melaksanakan projek itu dengan segera.
“Saya meneliti kontroversi projek tambak laut ini dengan rakan-rakan dalam jemaah menteri dan ambil kesempatan ini bagi meredakan masalah dengan mengumumkan agar projek ini dapat dikaji semula, diperkecilkan skopnya.
“Kerajaan pusat akan menambah dana dalam skim yang besar untuk membolehkan kerajaan negeri melaksanakan segera projek LRT,” kata Anwar. – MalaysiaGazette
Settle kes dulu.. yg ada kes pun tak kompeten jugak