Badan Peguam Negara
Tan Sri Idrus Harun.- Foto MUHD NA’IM, 09 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Badan Peguam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun kerana didakwa gagal mempertahankan institusi kehakiman daripada serangan pihak tertentu serta gagal menegakkan kedaulatan undang-undang.

Perkara itu merupakan salah satu daripada enam resolusi yang diputuskan Badan Peguam dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di sini hari ini.

Badan Peguam juga kecewa dengan kegagalan Idrus bersuara dan bertindak terhadap serangan dan tuduhan rasuah melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Dakwanya lagi, tindakan itu menjejaskan kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang serta pengabaian tugas oleh Peguam Negara.

“Badan Peguam memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberi notis kepada Peguam Negara agar memulakan prosiding penghinaan terhadap individu-individu yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

“Jika beliau gagal berbuat demikian, Majlis Peguam akan mempertimbangkan dan sekiranya wajar, meneruskan prosiding penghinaan tersebut atau sebarang prosiding lain atau tindakan yang selaras dengan resolusi berkenaan,” katanya.

Selain itu, Badan Peguam menegur tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang dikatakan menjejaskan kebebasan institusi kehakiman.

Teguran itu dibuat ekoran kenyataan Azalina yang mengesahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd Nazlan di Dewan Rakyat pada 14 Februari lalu.

Badan Peguam turut menyuarakan kekesalan terhadap SPRM berkaitan laporan berhubung dakwaan salah laku melibatkan seorang hakim kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ia berpandangan bahawa perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa SPRM.

Dalam resolusi yang lain, Badan Peguam mengecam tindakan semua individu yang menjejaskan kebebasan institusi kehakiman, mengganggu pentadbiran sistem keadilan dan melanggar kedaulatan undang-undang.

“Badan Peguam menegaskan semula komitmennya untuk mempertahankan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau pilih kasih,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

14 Komen

  1. Salah tu salah. Lah. Jangan tegakkan benang yang basah..rakyat satu melaysia. Malah dunia. Sedang perhatikan.jangan lupa.

  2. cuba AG tu tommy thomas..confirm backup baik punya…jual negara pun nanti bar council ckp ikut lunas undang²..

  3. Satu tindakan baik Badan Peguam lakukan.
    Buat juga CADANGAN penyeliaan Institution Kehakiman terus dibawah KUASA YDPA. Pisahkan ruangan campurtangan dan tekanan KUASA POLITICS

  4. Perbetulkan dulu prosedur dan tegakkan keadilan serta bezakan antara yg salah dan yg benar. jika masih berpihak kepada kebatilan..tunggu saja kifarah Allah atas dunia ini. Jgn sampai duduk di kerusi roda baru nak sedar selepas hilang jawatan dan pangkat. 1 hakim masuk syurga 2 hakim ke neraka bukan terhad kepada hakim saja. Kamu peguam peguam juga akan disoal dan dipertanggungjawab sama

  5. Apakah Hakim atau Ketua Hakim kebal daripada Undang-undang sehingga tidak boleh disiasat oleh SPRM ? bukankah kedaulatan undang-undang lebih tinggi daripada Hakim dan dijamin dalam perlembagaan kita ? SPRM juga adalah Suruhanjaya yang punya kuasa dan wajib diberi kebebasan untuk menyiasat sesiapa sahaja yang berkenaan. Adil mesti menyeluruh perkiraannya dari dunia sampai akhirat kerana ia akan diperhitungkan oleh Allah. Jangan dilupa, Sakaratul Maut sangat pedih dan sakit rasanya.

  6. nama je peguam. Tapi bodoh…cam ner nak yakin dengan diaorang semua. Lain kali tu Bar Council bodoh tu simpan sikit ya

  7. Bongok…dah salah nak depend jugak…benda salah nak tutup mulut…korang Cari makan utk betulkan benda yg Tak betul..bukan backing benda yg salah…dapat duit bg anak bini makan…sudah lunpikirla sendiri….

  8. Majoriti rakyat melihat badan peguam bias, jadi betulkan rumah anda dahulu sebelum betulkan yg lain.

  9. Kadang2 sian tgk bar ni.. Ramai cerdik pandai tp jd lembu utk kepetingan pihak tertentu,

Comments are closed.