Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast