Nor Shamsiah Yunus

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 didorong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pertumbuhan pada suku pertama 2023 disokong oleh pengembangan seterusnya dalam perbelanjaan isi rumah, aktiviti pelaburan yang berterusan, pasaran buruh yang bertambah baik dan aktiviti pelancongan yang lebih giat.

“Pasaran buruh terus kukuh pada suku pertama 2023 dan dijangka kekal menyokong permintaan dalam negeri.

“Seluruh ekonomi tidak lagi berada dalam krisis dan, malah, terus mendapat kekuatan,” katanya ketika mengumumkan prestasi suku pertama 2023 di sini hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast