Azhar (dua dari kanan) selesai menandatangani plak perasmian Pejabat Korporat RCB di Menara MARA.

KUALA LUMPUR – Rural Capital Berhad (RCB) membuka pejabat korporat baharu bagi melengkapkan tumpuan perkhidmatannya kepada empat teras perniagaan yang dijalankan.

Pejabat itu dirasmikan Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf hari ini dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RCB, Hiruddin Hashim.

RCB ialah sebuah syarikat subsidiary di bawah Mara Corporation yang memulakan operasinya di seluruh negara sejak 2013.

Syarikat itu fokus kepada empat teras perniagaan iaitu pengurusan bayaran balik pinjaman, perkhidmatan pembiayaan, Digital-Based Solution dan sokongan perniagaan.

Ruang Pejabat Korporat RCB yang dirasmikan Azhar di tingkat 14 Menara MARA.

Sebelum itu, Azhar diraikan dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri warga RCB yang disambut dengan sederhana, tetapi meriah di Menara Mara.

Azhar yang tiba kira-kira jam 11.30 pagi disambut Hiruddin dan menyempurnakan perasmian pejabat korporat itu dengan menandatangani plak.

Beliau kemudian dibawa meninjau ruang pejabat itu yang terletak di tingkat 14 Menara Mara.

RCB mempunyai cawangan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, manakala satu cawangan untuk Kedah serta Perlis yang beroperasi di Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast