LONDON – Barcelona mengesahkan kejuaraan LaLiga pertama sejak 2019 selepas menewaskan seteru setempat Espanyol 4-2 di Stadium RCDE, Sepanyol awal pagi tadi, lapor BBC.
Barcelona kini mendahului 14 mata di depan pencabar terdekat Real Madrid dengan perlawanan hanya berbaki empat perlawanan musim ini.
Kelab itu mengutip 85 mata selepas 34 perlawanan berbanding 71 oleh Madrid dengan jumlah perlawanan yang sama.
Bagaimanapun, kejayaan itu terganggu apabila penyokong Espanyol mula meluru masuk ke dalam kawasan padang selepas perlawanan itu dan pemain Barca terpaksa melarikan diri ke terowong pemain.
Dalam perlawanan itu, penyerang prolifik, Robert Lewandowski menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-11 dan 40, yang mengapit jaringan Alejandro Balde pada minit ke 40, sebelum Jules Kounde menambah satu lagi jaringan dalam babak kedua.
Javier Puade kemudian merapatkan kedudukan buat Espanyol dan Joselu menjaringkan satu gol lagi dalam waktu kecederaan.
Barcelona dilanda masalah kewangan dalam dua musim terakhir ini apabila bergelut selepas era Lionel Messi di kelab itu dengan melantik Xavi untuk mengembalikan DNA Barcelona.
Barcelona kini sudah memiliki 27 kejuaraan La Liga di mana dengan kejayaan menjadi juara La Liga musim ini membolehkan bermakna kelab merampas semula tahta La Liga daripada Madrid. – Agensi