SERDANG – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Kementerian Dalam negeri (KDN) telah mengemuka nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan kementerian itu menarik balik rayuan di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, nota tersebut merupakan makluman kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan yang dibuat oleh KDN berkaitan tindakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
“Saya sedar mengenai perkembangan itu. Saya sudah mengemukakan nota kepada Jemaah Menteri beberapa bulan lepas mengenai tajuk (isu rayuan penggunaan kalimah Allah) ini.
“Nota Jemaah Menteri, dia ada dua bahagian, kalau kamu mahu keputusan, ia adalah memo Jemaah Menteri atau lain-lainnya adalah nota, bermakna kami maklum kepada Kabinet mengenai keputusan KDN.
“Dalam kes ini, ia adalah keputusan dibuat KDN dan sudah dimaklum kepada Kabinet,” katanya pada sidang media selepas majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Rumah Terbuka Aidifitri KDN di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini, hari ini.
Media hari ini melaporkan, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.
Ditanya alasan KDN menarik semula rayuan berkenaan, Saifuddin berkata, pihaknya akan menghuraikan mengenai isu itu pada sidang media dalam masa terdekat.
“Kalau boleh bagi kami teliti balik (isu ini) dan akan kembali dengan fakta kepada media. Isunya keputusan mahkamah berkait penggunaan kalimah Allah yang sudah sampai kepada mahkamah yang di atas.
“Saya pilih untuk tidak memberikan penjelasan hari ini. Saya akan nyatakan dalam sidang media terdekat ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette
UMNO PASTI BERPESTA..
PASTI amat suka membantu ¥πNODAP kan kan kan
ayat khas Agama Islam dibolehguna agama lain. Penang suruh Azan guna WhatsApp. IC dilarang memapar agama Islam. Solat menjejaskan productivity. Hak samarata. Keistimewaan Melayu dihapuskan. Arak boleh dijual dimana-mana dan banyak lagi…. semua itu adalah TUNTUTAN PERJUANGAN DAP.
Semua itu ANDA perlu rajin membaca sejarah.
Minta MELAYU ISLAM dan orang ISLAM serta Raja-raja Tanah Melayu bersama BERSATU menghalang USAHA itu.
ZAHID HAMIDI
ANWAR IBRAHIM
MAT SABU
SYED SADIQ
Semua manusia ini tidak boleh membantu.
Ya Allah bagilah kekuatan menghapuskan segala kerosakan ini… Ya Allah tolong dan bantu dengan kemuliaan Kau… Amin yrb