Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan di KM310.2 Lebuhraya Plus arah selatan awal pagi tadi.

IPOH – Tiga beradik dan seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tanah dan Proton Saga di KM310.2 di Lebuhraya PLUS arah selatan awal pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5; Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, dan Muhammad Azib Nasaruddin, 23, serta seorang wanita Azriyani Abdul Latif, 45.

Seorang lagi penumpang dalam kereta itu, Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7, iaitu adik-beradik kepada mangsa maut, cedera parah manakala pemandu lori dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihak bomba menerima panggilan kira-kira 2 pagi berhubung insiden itu.

Mohamadul Ehsan berkata, Proton Saga itu telah melanggar bahagian belakang lori muatan tanah dan terbakar di bahagian bonet kenderaan.

“Empat mangsa telah disahkan maut oleh pegawai Kementerian Kesihatan manakala seorang mangsa telah dibawa ke Hospital Kampar oleh pasukan kecemasan EMRS.

“Terdapat mangsa yang maut telah melecur di beberapa anggota badan,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast