Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) atau tahap kuning bagi empat kawasan di Semenanjung.

Menurut data jabatan itu yang dimuat naik di Facebook setakat 4.30 petang, keadaan cuaca panas berkenaan melibatkan Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan; Rompin di Pahang dan Muar di Johor.

Tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, keseluruhan kawasan di Sarawak dan Sabah merekodkan suhu normal iaitu maksimum bawah 35 darjah Celcius.

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast