KUALA LUMPUR – Kajian mendapati perubahan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak mendatangkan kesan terhadap kadar inflasi.
Pengerusi The Future Studies Berhad (The Future) Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd. Sohod berkata, pihaknya telah melakukan kajian empirikal terhadap data bulanan yang dikutip selama 12 tahun.
“Persoalan penting yang perlu dirungkai ialah adakah OPR memberi kesan langsung kepada inflasi? Secara teorinya, OPR mempengaruhi dinamika inflasi, tetapi adakah bukti empirikal mengesahkan hubungan ini?
“Hasil analisis empirikal oleh The Future menggunakan data bulanan untuk tempoh Januari 2010 hingga Mac 2023 menunjukkan bahawa OPR tidak mempengaruhi kadar inflasi secara langsung,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menegaskan, terdapat indikator lain yang berhubung secara langsung dengan kadar inflasi seperti kadar tukaran asing, harga pengeluar dan kadar pengangguran.
Kajian tersebut dilakukan berikutan reaksi rakyat terhadap keputusan Bank Negara Malaysia baru-baru menaikkan OPR hingga mencetuskan perdebatan awam dan mewujudkan keresahan pelbagai lapisan masyarakat.
Mohamad Salami berkata, analisis ‘Does Overnight Policy Rate Drive Inflation?’ yang dilaporkan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam siri penerbitan EU-ERA Policy Brief juga menghasilkan dapatan sama.
Laporan tersebut menekankan kepentingan untuk menguruskan faktor jangkaan inflasi yang kurang mendapat perhatian dalam penentuan kadar inflasi di Malaysia.
Menurut beliau, jangkaan inflasi adalah faktor penting untuk pelaksanaan dasar kewangan yang efektif.
“Jika bank pusat berupaya menambat jangkaan inflasi jangka panjang pelaku ekonomi menghampiri sasaran inflasinya, ia lebih berkemungkinan berjaya dalam menetapkan inflasi yang rendah dan stabil,” kata beliau.
The Future berpandangan pengurusan faktor jangkaan inflasi adalah penting dalam menstabilkan inflasi.
Orang ramai menggunakannya untuk membuat keputusan tentang perbelanjaan, peminjaman dan pelaburan.
Sektor perniagaan juga sering menggunakan jangkaan tersebut apabila menetapkan harga untuk barangan dan perkhidmatan di pasaran.
“Oleh itu, wujud keperluan untuk mengukur secara berkala jangkaan inflasi oleh pelaku ekonomi utama seperti isi rumah, sektor perniagaan dan ahli profesional,” kata beliau.
The Future turut menekankan keperluan pihak kerajaan mengutamakan indikator selain OPR dalam mengawal dan menstabilkan inflasi.
Perincian laporan berkenaan boleh diakses melalui
https://euera.org/policy-brief/does-overnight-policy-rate-drive-inflation/ -MalaysiaGazette
Akhirnya ada juga kajian sebegini. BNM sepatutnya lebih arif tentang hal ini. Berhenti kelirukan rakyat guna alasan inflasi. Atau mmg Gabenor BNM membuta tuli pakai teori kewangan tanpa kaji sejauh mana teori itu betul berkesan?
BNM, terus terang ja yg OPR dinaikkan kerana nak elak pelabur keluar dr bursa dan negara sbnrnya ada masalah dana pembangunan. Ini saja kesan positif jika OPR naik. Pasaran bon dan perlaburan saja yg akan dapat manfaat. Tapi kena ingat, jika kerap naik pun, pelabur tetap tak akan beli bon jangka panjang sbb jangkaan kenaikan opr pada masa depan berlegar2 dlm berita. Lagi satu faedah, hanya inflasi harga kenderaan saja yg boleh dikawal melalui kenaikan opr. Adakah BNM menggunakan opr utk kawal perbelanjaan rakyat yg nampak sewenang wenangnya beli kenderaan baharu?
BNM kena sedar yg inflasi di Malaysia berdasarkan harga brgan pengguna. Apa faktor kenaikan brgan ini? Nah, jwpnnya adalah polisi kerajaan. Pertama, kenaikkan kos elektrik TNB ke atas industri yg diluluskan oleh kerajaan, kedua, polisi gaji minimum yang naik mendadak, ketiga, langkah perketat pekerja asing masuk dan yang terbaru, cadangan utk naik caruman kwsp majikan hingga 20%. Ini lah punca pengilang terpaksa naikkan harga produk sbb kos pengeluaran tinggi. Kerajaan pula akan ulang kaedah yg sama, yg cyclenya berulang kembali menjadi kos barang naik.
Harap BNM dan kerajaan buat kajian dahulu sblm umum apa apa perubahan polisi. Bimbang yg dirawat tak sembung, yg ubat pula menjadi penyakit.