anwar the untold story
Anwar Ibrahim

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas dakwaan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kekayaannya sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Malaslah,” katanya ringkas ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di MAEPS.

Turut hadir, Menter Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Baru-baru ini, Dr Mahathir menggesa Anwar supaya menggunakan wang sendiri untuk membantu rakyat.

Dr Mahathir turut mencabar Anwar agar mendedahkan kekayaan yang dimiliki ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika era pentadbiran beliau.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menyambut cabaran Mahathir berkait isu pengisytiharan harta dimilikinya sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 hingga 1998.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan, beliau sememangnya sudah pun mengisytiharkan harta secara terbuka dan maklumat itu diketahui umum, berbanding bekas mentornya itu yang didakwanya belum pernah berbuat demikian.

Hari ini, Dr Mahathir kembali menyerang Anwar dengan mendakwa Perdana Menteri tidak mengisytiharkan pendapatan atau aset.

Mahathir berkata, ia adalah berdasarkan deklarasi aset Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 24 November 2018.

Dalam masa yang sama bekas Perdana Menteri itu memaklumkan telah mengisytihar harta sebanyak RM32.35 juta yang merangkumi tiga buah rumah serta aset-aset lain. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.