Herry (kiri) bertahalul dengan dibantu seorang jemaah umrah di Mekah.- Gambar FB

KUALA LUMPUR – Lelaki yang nekad berjalan kaki dari Perak ke Mekah baru-baru ini telah selamat menunaikan ibadah umrah semalam.

Herry Nizam yang berjalan kaki dari Bidor pada April lalu mendedahkan yang dia menerima tiket penerbangan percuma dari Bangkok ke Mekah oleh seorang individu yang berniat mahu melancarkan perjalanannya.

Pada awalnya, Herry enggan untuk menerima tawaran tersebut namun akhirnya bersetuju selepas dinasihati rakannya kerana tidak mahu menghampakan perasaan individu yang membantunya, lapor FB Viral Perak.

“Saya sepanjang perjalanan saya menitis je air mata,” kata Herry Nizam.

Dalam video yang dimuat naik netizen, Herry menyatakan rasa sebak selepas dapat menunaikan umrah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Herry tekad teruskan misi jalan kaki ke Mekah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast