Majlis Ramah Mesra Sempena Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Dan Kolokium Dakwah Antarabangsa UnIPSAS yang berlangsung di Hotel Sri Manja Boutique di Kuantan pada semalam.

KUANTAN – Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)  mampu memperkukuh hubungan antara Universiti Islam Parang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) bersama universiti-universiti Islam di seluruh Asia.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandardan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Ibrahim Syed Ahmad berkata, penyertaan OPKIM pada kali ini melibatkan seramai 27 pelajar dari UIN Ar Raniry , dari Aceh bersama 50 pelajar UniPSAS diadakan selama 15 hari.

Menurutnya program berkenaan diadakan kali pertama selepas UniPSAS dinaiktaraf sebagai universiti bakal mensasarkan universiti di Timur Tengah pula pada masa akan datang.

”Program sudahpun bergerak dan berjalan lancar dan memfokuskan dakwah dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Minggu depan insya Allah UniPSAS akan mengadakan lawatan ke Mesir dan sebelum ini kunjungan ke Thailand.

Naib Canselor UniPSAS, Prof Madya Datuk Dr. Mohd Zawavi Zainal Abidin (kiri), Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (tengah), Ketua Program Studi Manajemen Dakwah Fakultas Dakwah dan Komunikasi yang juga Ketua Delegasi UIN A Ranity, Dr. Abizal Muhammad Yati (kiri)

”Mana-mana universi pun ada hubungan dengan universiti lain dengan mengadakan pertukaran pelajar dan pensyarah, adakan seminar penyelidikan, ada buat kerjasama akademik.

”Perkara ini memang wajar dan perlu kerana mereka mahukan percambahan ilmu, inovasi Ilmu, mereka mahukan penghasilan baru,” katanya.

Syed Ibrahim berkata demikian kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Sempena Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Dan Kolokium Dakwah Antarabangsa UnIPSAS yang berlangsung di Hotel Sri Manja Boutique di Kuantan semalam.

Hadir sama ialah Naib Canselor UniPSAS, Prof Madya Datuk Dr. Mohd Zawavi Zainal Abidin, Ketua Program Studi Manajemen Dakwah Fakultas Dakwah dan Komunikasi yang juga Ketua Delegasi UIN A Ranity, Dr. Abizal Muhammad Yati.

Mengulas lanjut, katanya, program ini untuk membina dan mengukuhkan hubungan kerjasama antara UnIPSAS dan IPT luar negara dan memberi nilai tambah kepada program pengajian agar mempunyai perspektif global dan pengantarabangsaan.

Selain itu, ia mampu mendedahkan kepada mahasiswa bidang pengajian dalam konteks yang lebih luas dalam suasana pembelajaran, persekitaran dan budaya yang berbeza.

Terdahulu, Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) telah diadakan di antara UniPSAS dengan UIN A Ranny pada 17 Mei lalu bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama.

OPKIM telah bermula 18 Mei dan akan berakhir pada 1 Jun melibatkan penyertaan kerja kemasayakaran oleh pelajar Aceh di beberapa daerah iaitu Kuantan,Cameron Highlands, Rompin dan Maran serta beberapa daerah lain dalam negeri ini.

Antara pengisian menerusi program anak angkat Program Ziarah Mahabbah di Perkampungan Orang Asli Sungal Ruital Cameron Highlands, program pembangunan Insan, program menyantun anak-anak yatim Perkim dan Kembara ilmu. – MalaysiaGazette