Anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lipis menemui 450kg ketum dan cecair kodein pada seorang lelaki.

LIPIS – Polis Lipis berjaya merampas ketum seberat 450 kilogram (kg) bersama 40 liter kodein yang dibercayai ubat campuran terkini dalam dunia dadah bersama seorang lelaki berusia 33 tahun hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, penahanan suspek yang mempunyai 10 rekod lampau di Kampung Seberang Jelai dengan barangan terlarang itu merupakan tangkapan terbersar di daerah ini.

Superintendan Azli Mohd Noor

Menurutnya, hasil risikan selama sebulan, suspek ditahan jam 6.45 pagi  bersama kenderaan pikap turut mengakui bekalan bekalan daun ketum dan cecair kodein diperolehi dari  Sik, Kedah untuk pasaran tempatan di Lipis.

”Polis merampas empat plastik hitam mengandungi 400 Dynadyrl Syrup di mana hasil pemeriksaan didalam botol putih tersebut mengandungi cecair kehitaman disyaki ubat batuk dan disyaki dadah jenis Kodein bernilai RM6,000.

”Manakala pemeriksaan di dalam 46 bungkusan plastik hitam telah menjumpai 1872 bungkusan plastik jernih yang diikat getah yang mengandungi daun ketum anggaran berat lebih kurang 450kg dianggakrkan bernilai RM4,500,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Azli, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM550, sebilah parang berhulu mereah dengan nilai keseluruhan barangan rampasan berjumlah RM11,050.

Suspek yang sudah berkahwin itu memiliki  rekod jenanyah bagi tiga kes kesalahan Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,  dua kes bagi Seksyen 431(a), serta masing-masing satu kes bagi kesalahan Seksyen 379(A)1 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 kanun Keseksaan.

Kes disiasat di bawah Sek 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,Sek 30(3) Akta Racun (AR) 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya  (ABKLSB) 1958. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Perniagaaan ketum di lindungi . Mohon polis peringkat Federal datang dan siasat hapuskan ketum 100% jangan pilih bulu , terutama di sekitar bandar kuala lipis . Kasihan anak2 muda ketagihan ketum.

Comments are closed.