Telaga Air Biru Cicerem merupakan antara lokasi menarik untuk di kunjungi di Kuningan.

PENGEMBARAAN ke sesebuah negara pasti akan meninggalkan kenangan kepada sesiapa sahaja yang mahu mencari kelainan di tanah airnya sendiri.

Ia lebih indah jika destinasi yang dikunjungi dapat memberikan ilmu seperti mengenali masyarakat serta tatacara kehidupan mereka, sama ada menerusi adat resam, budaya dan sebagainya.

Bagi penulis, pengalaman menyertai pengembaraan bersama syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Malaysia ke Kertajati, Indonesia baru-baru ini, mampu meninggalkan kenangan yang tidak mungkin dilupa.

Ini kerana, pengembaraan ke beberapa daerah di Jawa Barat bersama syarikat penerbangan itu sukar dibandingkan dengan siri pengembaraan ke beberapa buah negara lain yang pernah dilawati penulis sebelum ini.

Hanya 2 jam 15 minit untuk sampai ke Kertajati dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA (Terminal 2), penerbangan menuju ke wilayah itu pastinya berbaloi.

Kesegaran udara dengan pemandangan hijau yang sangat luas di daerah Ceribon, Kuningan dan Majalengka menjadi ingatan yang pastinya bukan sahaja kepada penulis sendiri bahkan kepada sesiapa sahaja yang datang melawat ke daerah itu.

Penulis berpeluang melihat bumi Jawa Barat dengan lebih dekat, di mana tanah ini banyak menyimpan 1,001 rahsia dengan ada sesetangah tempat mempunyai peninggalan sejarah sehingga ratusan tahun.

Kota Ceribon

Terletak di bahagian timur wilayah Jawa Barat, Kota Ceribon terkenal dengan jolokan nama Kota Wali dan Kota Udang.

Selain memiliki sejarah kebesaran masa lalu kerajaan Cirebon, kota ini memiliki potensi keindahan alam, masakan dan keagamaan.

Kota ini juga telah berkembang menjadi pelabuhan serta pusat perdagangan dan perkhidmatan.

Kota ini juga dikenali sebagai kota wali kerana pemerintah pusatnya merupakan seorang wali iaitu Syeikh Syarifhidyatullah atau sunan Gunung Jati.

Sunan Gunung Jati merupakan salah satu wali dari sembilan wali atau walisongo yang ada di tanah Jawa dan tinggal di Cirebon.

Namun, menurut beberapa sumber sejarah yang ada sebelum Sunan Gunung Jati menjadi Sultan di Kesultanan Cirebon tempat itu terlebih dahulu didiami oleh seorang tokoh yang dikenali dengan nama Gede Alang Alang.

Kabupaten Kuningan

Jarak sejuah 250 kilometer dari Kota Bandung dan 43 kilometer dari Kota Cirebon, kabupaten ini dikenal sebagai tempat melaksanakan rundingan Linggarjati.

Kuningan merupakan salah satu pintu gerbang masuk ke Jawa Barat dari sebelah timur, bersama dengan Kabupaten Ciamis, Cirebon, dan Pangandaran.

Menerima jolokan sebagai Kota Kuda, Kuningan merupakan salah satu kabupaten di Jawa Barat yang memiliki banyak destinasi wisata alam.

Lokasinya yang berdekatan dengan Gunung Ciremai membuatkan Kuningan memiliki keindahan alam yang sangat memukau.

Di sini juga terdapat satu tempat yang dinamakan Telaga Biru Cicerem yang sesuai namanya kerana memiliki telaga dengan air yang jernih dan kebiruan.

Pelbagai jenis ikan ada di Telaga Biru Cicerem yang terletak di Kuningan, Jawa Barat.

Pengunjung juga boleh menikmati suasana persekitaran pokok yang rimbun sambil memberi makan ikan dan bermain air.

Terdapat sebuah sebuah kawasan air terjun yang terletak di kaki Gunung Cermai yang dinamakan Curug Putri.

Aliran airnya yang sangat menyegarkan pasti akan menjadi ingatan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ.

Kabupaten Majalengka

Secara geografinya daerah Majalengka terletak di bahagian timur Jawa Barat.

Bahagian utara wilayah kabupaten Majalengka adalah dataran rendah yang mana di bahgian selatannya merupakan kawasan pergunungan.

Terdapat sebuah pergunungan di sini yang dipanggil Gunung Ciremai dan merupakan gunung tertinggi di daerah Jawa Barat.

Ia juga merupakan taman nasional dengan namanya kini adalah Taman Nasional Gunung Ciremai.

Biarpun Jawa Barat tidak sepopular Jakarat, Bandung atau Bali di Indonesia, namun ia menjanjikan pelbagai daya tarikan terutama dalam mengenal budaya yang bukannya di tempat sendiri.

Penulis dibawa ke Kertajati oleh AirAsia dalam penerbangan terus dari Kuala Lumpur menerusi penerbangan pertamanya ke wilayah itu.

AirAsia menawarkan tambang termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Kertajati daripada harga RM141 sehala.

Tambang bernilai hebat itu tersedia untuk penerbangan pergi balik daripada IDR616,600 sehala.

Promosi tersebut tersedia bermula pada 17 Mei hingga 21 Mei lalu untuk tempoh perjalanan antara 1 Jun dan 14 Disember 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast