KUANTAN – Pemborong gula di Pahang mendakwa pengilang akan memperkenalkan dua jenis pembungkusan gula tidak lama lagi.
Satu gula standard dan satu lagi premium.
MalaysiaGazette dimaklumkan harga gula standard kekal RM2.85 sekilogram manakala gula premium RM4.60 sekilogram.
“Saya dimaklumkan perkara ini oleh pembekal sendiri. Katanya, akan ada gula yang dikawal harganya (oleh kerajaan) dan satu lagi tidak dikawal.
“Cuma sekarang kerajaan belum bagi lampu hijau sahaja,” katanya yang enggan namanya didedahkan baru-baru ini.
Beliau berkata, maklumat awal yang diperoleh itu sekali gus mengesahkan wujudnya gula premium dalam pasaran tidak lama lagi.
Malah, tambah beliau, jika jualan gula premium itu dijual, maka bekalan harga gula akan pulih semula.
“Saya rasa sebab itu bekalan gula perlahan sekarang ini dan akan pulih ketika gula premium berada dalam pasaran,” tambahnya.
Mengulas lanjut, pemborong gula itui menjangka pengenalan gula premium tidak akan memberi kesan kepada pengguna.
Jelasnya, pengguna sekarang sungguh bijak berbelanja selain mengutamakan kesihatan.
“Berbanding barang keperluan lain, kekurangan bekalan gula tidak menjejaskan kehidupan pengguna berbanding barang-barang mentah lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: