KUALA LUMPUR – Kerajaan disifatkan sebagai tidak serius melaksanakan fungsi Parlimen apabila tidak ada lagi Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan meskipun persidangan Dewan Rakyat masih berbaki tujuh hari lagi.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul yang hanya mempunyai dua perkara untuk diputuskan pada hari ini tanpa pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) baharu.
“Fungsi Parlimen antaranya membentangkan dan meluluskan RUU untuk menjadi undang-undang baru dan dipinda. Itu tujuan dan fungsi Parlimen. Kami dapati, ini hari keempat bersidang ada tujuh hari lagi.
“Maknanya kalau habis pukul 3 petang, pukul 3 petanglah ditangguh walaupun boleh dilanjut sehingga 5.30 petang dengan usul. Kerajaan tidak serius, seolah-olah tidak ada lagi undang-undang perlu dibuat,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Dewan Rakyat pada hari ini melakukan undi belah bahagi bagi memutuskan cadangan supaya persidangan hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga RUU Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 selesai dibahas serta diputuskan.
Walau bagaimanapun, keputusan tidak memihak kepada pihak pembangkang apabila 83 bersetuju dengan cadangan berkenaan dan 52 sebaliknya.
Selain itu seramai 86 tidak hadir Dewan Rakyat pada waktu itu, termasuklah seorang tidak mengundi.
Dalam pada itu, Takiyuddin mempertikaikan 86 Ahli Parlimen yang tidak hadir persidangan Dewan Rakyat pada hari ini.
“Persoalan kami yang tidak hadir? Ini kami nak dijelaskan kepada rakyat. Dengan menang usul ini secara jelas kerajaan nak balik awal, tidak ada kerja, buat filem sahajalah,” tambah beliau.-MalaysiaGazette
Laaaa Hadi Lebai Tua selalu ponteng parlimen ko tak sebut plak musibat…bila tegur..Hadi kata parlimen bukan sekolah kena datang hari2…tak musibat laa perangai korang ni kan
Takiyuddin & kuncu², sepatutnya persoal dulu si Hadi bossnya selalu tidak hadir@ponteng parlimen . Tingkah laku tabiat, bikin malu rakyat Negara Malaysia.