KUALA LUMPUR – Balai Polis Komuniti Putra yang terletak di Jalan Datuk Haji Eusoff ditutup sepenuhnya 1 Jun ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, balai tersebut ditutup dibuat atas beberapa faktor antaranya kedudukan yang berdekatan dengan balai lain.
Tambah beliau, dalam masa yang sama penugasan keanggotaan di tempat lain lebih diperlukan pada waktu ini.
“Ini adalah selari dengan proses pemantapan penyampaian perkhidmatan kepolisian di Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Suhaily berkata, sebarang laporan polis dibuat di balai berhampiran iaitu Balai Polis Dang Wangi atau Balai Polis Chow Kit.
Untuk rekod, Balai Polis Komuniti Putra telah beroperasi selama 15 tahun sejak 18 Ogos 2008.- MalaysiaGazette