Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat kelab bola sepak perlu diurus oleh mereka yang mempunyai ‘otak’, bijak dalam membuat perancangan terbaik untuk memastikan pasukan mereka mencapai kejayaan.

Beliau yang dikenali Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menyifatkan faktor duit bukan segala-galanya yang boleh menjamin kejayaan pasukan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Tunku Ismail memberikan contoh Presiden Inter Milan, Steven Zhang yang memiliki banyak wang dan bijak menguruskan kelab hingga mampu mencatatkan beberapa kejayaan selepas mengambil alih pasukan itu.

“Kalau ada duit tak ada otak tak guna juga. Ini contoh bukti ada duit dan ada kepala otak,” tulis Tunku Ismail di Instagram Story miliknya.

Mengikut rekod, Zhang yang mewakili Suning Holdings adalah pemilik majoriti saham Inter Milan dengan bertindak melangsaikan semua hutang sebaik dilantik sebagai presiden kelab itu.

Zhang melantik legenda kelab dari Argentina, Javier Zanetti sebagai naib presiden Inter dan memainkan peranan dalam pengurusan kelab bersama beberapa individu lain yang berpengalaman.

Keputusan itu menyaksikan kelab mengakhiri kemarau kejuaraan Serie A pada musim 202-2021 selain turut menjulang Coppa Italia pada 2022 dan 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast