sekularisme DAP
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan menerima tawaran supaya parti tersebut menyertai kerajaan.

Katanya, tawaran berkenaan dibuat oleh  beberapa individu wakil Kerajaan Perpaduan yang ingin bertemu dengannya.

Beliau mendakwa tawaran berkenaan muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh apatah lagi jumlah kerusi  Melayu parti itu tidak sebanyak Pas.

“Ada orang hubungi saya, beberapa orang ajak berjumpa dengan tawaran-tawaran supaya Pas menyertai kerajaan kerana jumlah Pas paling besar iaitu 43 kerusi. PKR 30 sahaja, dalam keadaan ini 19 kerusi PKR Melayu,  DAP tiga orang Melayu,  kerajaan didominasi oleh bukan Melayu.

“Dia nak ajak Pas tapi Pas duduk belakang bukan duduk di depan patutnya bila buat kerajaan yang paling besar memimpin,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan buku Jejak Nabi Muhammad SAW di Pusat Dagangan Dunia (WTC), KL.

Meskipun terbuka mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak, namun Hadi menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada perjuangan dan hala tuju Pas.

“Saya terbuka berbincang dengan sesiapa tapi mesti tidak lari dengan hala tuju, matlamat dan perjuangan kita,” ujarnya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan hasratnya untuk kembali menjalinkan hubungan baik bersama Pas.

Sementara itu, Hadi mengesahkan permohonan Tan Sri Annuar Musa untuk menyertai Pas.

Namun katanya, perkara berkenaan akan diumum secara rasmi dalam masa yang terdekat.

Beliau juga tidak menafikan lebih ramai bekas pemimpin UMNO yang akan menyertai parti Islam tersebut.

“(Penyertaan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa) akan diumumkan. bukan sahaja beliau akan diumumkan,” tambah Hadi.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. DAP jauh lebih baik dari PAS dan PN kerana mereks jujur dsn tak tunggang agams.

  2. Udah2 lebai.. ni nama dia strategi baling tali pancing je ni.. moga2 ada ikan yg makan umpan.

Comments are closed.