Antara perbualan Farhan yang berdepan masalah gaji yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR –  The Red Warriors (TRW) terus berdepan kontroversi apabila tiba giliran pemainnya mendedahkan apa yang berlaku di belakang tabir kelab itu selepas bekas jurulatih Kelantan FC, Choi Moon Sik dan ejennya, Myeongho Jeong mendedahkan isu pengurusan.

Luahan penjaga gol pasukan, Farhan Abu Bakar yang berkomunikasi dengan kakitangan kewangan kelab itu di WhatsApp kini tular di media sosial.

Menerusi perbualan itu, dia mengakui pelik kerana perlu meminta wang pendahuluan sedangkan pasukan tersebut sedang berdepan tunggakan gaji bagi bulan April.

Malah dakwanya, gaji yang perlu dibayar TRW sebanyak RM5,500 sebulan namun  kelab hanya membayar RM2,750.

Farhan mendakwa, jumlah itu tidak mencukupi untuk mengambil balik keretanya dari pihak bank yang ditarik kerana dia perlu membayar bayar RM3,960.

Sebelum menyertai Kelantan FC, Farhan pernah beraksi dengan beberapa pasukan antaranya Kedah, PJ Rangers dan dan PKNS FC.

Selain itu, Farhan turut berkongsi audio perbualan di laman media sosialnya dipercayai antara bekas pemain ataupun jurulatih dengan pengurusan pasukan itu.

Dalam audio terbabit, individu dipercayai wakil pengurusan menghamburkan kata-kata kurang enak selepas bekas pemain ataupun jurulatih yang meminta gajinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.