wee ka siong
Wee Ka Siong

PULAU PINANG – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pengagihan kerusi untuk pilihan raya enam negeri masih dibincangkan.

Susulan daripadanya, beliau enggan mengulas tentang laporan media bahawa parti pimpinannya akan bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri.

“Perkara ini (pengagihan kerusi) masih belum dibawa kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan masih dalam perbincangan.

“Tidak baik untuk kami mengulas kepada pihak luar pada masa ini,” katanya seperti dipetik China Press selepas menghadiri satu program di Pulau Pinang.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa MCA akan diberi peluang oleh Kerajaan Perpaduan untuk bertanding di 10 kerusi, termasuk dua di Pulau Pinang.

Ka Siong berkata, pengagihan kerusi tidak boleh memuaskan semua parti, termasuk DAP dan PKR.

Katanya, pengagihan kerusi menguji kebijaksanaan pemimpin dan juga semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast