PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneliti semula syarat yang dikenakan keopada pemaju untuk menyediakan kediaman mampu milik pada projek berskala besar yang dibangunkan.
Perdana Menteri berkata, biarpun dasar tersebut sudah dilaksanakan kerajaan, namun ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.
“Sebab itu saya telah meminta Menteri KPKT, Nga Kor Ming agar meneliti semula dasar dan mengenakan syarat baharu untuk dasar pembangunan projek perumahan mampu milik,” kata selepas majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur, di sini, hari ini.
Hadir pada majlis, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap pemaju bertanggungjawab untuk membina dan menyediakan kediaman mampu milik apabila membina kondominium. – MalaysiaGazette