Wan Ahmad Fayhsal ADUN Ijok gimik politik puad zarkashi MPN demokrasi UMNO nor salwani Kerajaan Perpaduan Kit Siang Rafizi ringgit SPRM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ranhill Utilities Bhd. (Ranhill) diminta menyelesaikan isu bekalan air secara menyeluruh di kawasan Dewan Undangan Negeri Rengit termasuk di penempatan orang Asli Kampung Bumiputra.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi, kampung itu sering dilanda masalah bekalan air.

Katanya, Ranhill ada menawarkan bantuan menggunakan teknologi kepakaran sedia ada merawat air laut masin untuk bekalan air di Maktab Rendah Sains Mara di Langkawi yang berdepan dengan masalah bekalan air.

Perkara itu dikongsikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki melalui hantaran di Facebook baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, Ranhill dipetik sebagai berkata, di bawah tanggungjawab sosial korporat Ranhill, rawatan bekalan air itu boleh dilakukan oleh syarikat utiliti iti tanpa menggunakan dana MARA.

Mohd Puad berkata, beliau juga sokong projek CSR itu dan apa salahnya Kampung Bumiputra juga mendapat faedah CSR Ranhill.

Lagipun, kampung itu dekat dengan laut.

“Tetapi sebagai wakil rakyat Rengit saya mahukan penyelesaian isu bekalan air secara menyeluruh untuk kawasan DUN Rengit. Bukan setakat Kg Bumiputra Dalam sahaja. Mesti ada penyelesaian jangka pendek dan panjang.

“Jangan setiap kali musim perayaan masalah tekanan air rendah, air kecil, air tak ada dan air kuning sentiasa berulang,” katanya menerusi Facebook.

Apatah lagi, tambah Mohd Puad tidak lama lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidil Adha dan sudah pasti ramai akan balik kampung.

Diharap Syarikat Air Johor (SAJ) yang juga anak syarikat Ranhill akan buat persiapan lebih rapi.

Dalam hantaran itu, beliau turut menegur kakitangan SAJ dan Ranhill supaya menjawab panggilan telefon.

“Kongsi maklumat dan beritahu wakil rakyat dan Ketua Kampung sebarang tindakan susulan. Jangan senyap begitu sahaja,” katanya sambil mahu pembinaan tangki air baharu untuk bekelan empat juta liter air sehari dipercepatkan.

Dalam masa sama, beliau mahu kakitangan SAJ/Ranhill sentiasa berkomunikasi dengan wakil rakyat untuk menerima aduan dan berkongsi maklumat. – MalaysiaGazette