Mohd Puad Zarkashi Najib dibebaskan pas kingmaker Muhyiddin wang RCI Tommy Puad Nazlan DAP takut sanusi the untold story Anwar UMNO
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, faktor wang mungkin mendorong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkawan semula dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan, tiada yang pelik apabila Muhyiddin menyatakan kesediaan untuk bekerjasama lagi dengan Dr Mahathir yang kini tidak bersama mana-mana parti.

“Tun Mahathir masih banyak duit dan banyak sumber. Kita tengok bagaimana PN bersedekah masa pilihan raya negeri (PRN) nanti,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Kelmarin, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik kesediaan Dr Mahathir untuk bekerjasama demi memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Mohd Puad menambah, PN dikatakan berbelanja mewah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pas juga ‘tumpang semangkuk’.

Namun beliau mempersoalkan sama ada PN mampu menang pada enam PRN tanpa ‘sedekah mega’ memandangkan akaun Bersatu telah dibekukan.

“Sebab itu Muhyiddin kena ‘kowtow’ Tun Mahathir,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast