Dafinah Ahmed Hilmi

KUALA LUMPUR – Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) mengumumkan Dafinah Ahmed Hilmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Beliau menggantikan Jasani Abdullah yang bersara pada hujung April 2023 selepas 16 tahun berkhidmat di HLISB.

Dafinah berpengalaman dalam bidang perbankan konvensional dan Islam selama 23 tahun.

Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan kepimpinan dalam pelbagai bidang di dalam industri perbankan, termasuk jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Perbankan Komersial di HSBC Amanah Malaysia Berhad.

Dafinah memulakan kerjayanya di UOB Malaysia merupakan Graduan MBA dari Alliance Manchester Business School, University of Manchester, UK, dan memiliki ijazah
Perakaunan dan Pengurusan Kewangan dari University of Essex, UK. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast