Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat tidak layak untuk kembali ke tampuk kuasa negeri itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, disebabkan perwatakan kurang adab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, rakyat jelapang padi khususnya Melayu akan berpaling semula kepada UMNO.

“Tidak semua orang Melayu Kedah suka cara loqlaq keloloh macam Sanusi ini. Mungkin ada yang suka, tapi saya yakin dan percaya politik di negara kita masih rasional.

“Kalau rakyat (Kedah) fikir itulah kriteria MB yang mereka nak pilih pada masa akan datang, nak nak yang kurang sopan, tidak beradab, membuat tuduhan melulu dan kemudian U-turn, menunggang agama dan sentimen ulama.. saya rasa, terpulang kepada rakyat negeri Kedah.

“Sanusi biadab, tidak ada adab! dan tidak layak dipilih semula untuk menjadi MB Kedah akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Shaiful yang mesra dikenali ‘Tok Pon’ berkata, Muhammad Sanusi juga sentiasa menghalalkan segala ungkapan kotor dalam ceramahnya atas alasan politik.

“Saya tidak faham kalau rakyat Kedah katakan ini MB sempoi, datang ke Selangor berhadapan dengan rakyat di negeri itu menggunakan perkataan mencarut, merendah-rendahkan orang lain, menghalalkan apa jua tindakan yang dia kata ini atas alasan politik.

“Ceramah politik juga perlu ada adab, perlu ada value,” katanya lagi.

Baru-baru ini tular dalam media sosial mengenai klip video memaparkan ucapan Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan lucah dalam bahasa Hokkien, yang merujuk kepada alat sulit lelaki.

Ucapannya itu dilihat disambut dengan gelak tawa riuh rendah dari peserta perhimpunan.

Dalam pada itu, ujar Tok Pon, retorik perjuangan UMNO jauh lebih baik dan positif jika dibandingkan yang dikemukakan Perikatan Nasional.

Jelas beliau, berbeza dengan Perikatan Nasional, Kerajaan Perpaduan tekad mencari titik noktah kepada segala permasalahan yang dialami rakyat Kedah.

“Apa yang Kerajaan Perpaduan offer adalah jauh lebih baik. Kita nak selesaikan masalah rakyat, kita nak beri prospek ekonomi yang lebih berkesan dan kita nak buka peluang pekerjaan.

“Kita nak selesaikan masalah air di negeri Kedah yang sudah membelenggu sekian lama.

“Saya yakin UMNO dan Kerajaan Perpaduan akan terus berkempen atas landasan yang betul. Kita tidak akan menghalalkan cara semata-mata untuk kita ambik tampuk kuasa. we will do the right things dalam politik dan juga untuk rakyat negeri Kedah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. UMNO KEDAH ni fikir jauh kehadapan… banyak pemimpin parti PN dikutukhina kerana nampak hanya DAP PKR lebih berdaya memerintah.
    aduss UMNO KEDAH please please please jangan jauh sayup sangat diintai… tu kepala UMNO HQ tu… selagi pemimpin UMNO amalkan “macam bersopan macam baik” tunjuk alim ikut telunjuk maka bertambah kerosakan dan membunuh kemurnian SEBENAR. UMNO perlu menghormati parti lain dengan JUJUR. sebagai mana UMNO dengan tiba-tiba ramai-ramai “MENJUNJUNG DAP” sebagai parti PEMIMPIN yang amat JUJUR IKHLAS membela rakyat. Lihat dimedia hampir setiap hari Ketua UMNO KEHADAPAN mempertahankan DASAR DAP yang ditentang oleh orang MELAYU serta party PN.
    eloklah… sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.