Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan agar isu permohonan maaf yang dituntut oleh Pemuda UMNO kepada DAP tidak lagi dibangkitkan.

Timbalan Presiden UMNO itu tidak mahu kerana tuntutan tersebut, perkara itu akan menjadi punca kepada keretakan Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak pula mengatakan DAP perlu meminta maaf. Tetapi, tidak ada salahnya (meminta maaf). Adalah satu perkara yang baik.

:Jika DAP boleh membuat permohonan maaf kepada rakyat, Kerajaan Sarawak (sebelum ini, maka) ia boleh menambahkan lagi keakraban kerana kita menjadi rakan dalam Kerajaan Perpaduan ini.

“Ini sekali gus menghapuskan syak-wasangka dan kesangsian antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

Mohamad mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang meminta agar Pemuda UMNO melupakan kisah silam dan terus pandang kehadapan dan terpulang kepada penilaian masing-masing.

Isu ini tercetus apabila Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu hingga kini.

Akmal berkata,  jika DAP boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini, mengapa tidak kepada UMNO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. aikk laen dah bonyi Mat Hasan UMNO dan akarumbi dilarang suruh DAP buat macam BAIK…. DAP “PETIK” satu je.. UMNO jangan menyalak lagi “Arah” DAP dan lupakan untuk “DULU KINI DAN SELAMANYA” segala HINAAN dari DAP.
    mungkin BENAR UMNO ITU amat Hina KEJAM zalim racist Penyamun Rasuah PEROMPAK beri project pada anakbini kroni.. ya mungkin BENAR tidak SALAH SEBABNYA orang UMNO selamba je TERIMA KENYATAAN dan rakyat mendengar itu… Mat Hasan ni ikut arahan ZAHID HAMIDI atau kena CUCUK HIDUNG dengan bebudak DAP? tu belum lagi Lim Guan Eng Lim Kit Siang “MURKA”. sejarah UMNO adalah LEMBUT GEBU SOPAN PATUH SETIA…. kores UMNO dah lombek… kalau keluarga UMNO nak “KOREH” aq leh.. tapi aq memilih selain tengok demand hehehehe
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.