Thursday, December 12, 2024
Home Sukan Al Hilal sedia bayar RM232 juta dapatkan Neymar

Al Hilal sedia bayar RM232 juta dapatkan Neymar

Neymar. Foto Goal.com.

ARAB SAUDI – Kelab gergasi Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan sedang agresif memburu bintang Brazil, Neymar  pada jendela perpindahan musim panas ini bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu.

Menurut laporan CBS Sports, Neymar bakal menjadi pemain terbaharu meninggalkan PSG selepas Sergio Ramos dan Lionel Messi apabila wakil Al Hilal sudah terbang ke Paris untuk mengadakan perbincangan bersama Neymar.

Gergasi Arab Saudi itu sebelum ini menyasarkan Messi namun kapten Argentina itu lebih memilih untuk ke Amerika Syarikat.

Justeru, Al Hilal mengalihkan tumpuan kepada Neymar dan bersedia menawarkan gaji yang jauh lebih lumayan.

Gaji pemain berusia 31 tahun itu dijangka menyamai gaji yang diterima Cristiano Ronaldo di mana bintang Al Nassr itu ditawarkan gaji tahunan sebanyak RM992 juta.

Al Hilal dikatakan bersedia menawarkan RM232 juta kepada PSG bagi mendapatkan Neymar yang ketika ini memiliki kontrak sehingga 2025.

Pemain dari Brazil itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester United, Chelsea dan Newcastle dikatakan berminat untuk memancingnya.

Laporan dari Perancis menyebut, Neymar berminat untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, jika PSG mahu menjualnya.

Neymar yang boleh bermain di kesemua posisi di serangan, pastinya mahu bermain di kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah dan dia menyatakan dia sudah lama meminati EPL sejak dari kecil lagi.

Neymar ketika ini masih berehat kerana kecederaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast