NEW DELHI – Pihak berkuasa di negeri Gujarat, India memindahkan lebih 75,000 orang komuniti pantai yang terdedah dengan taufan Biparjoy yang dijangka bertiup dari Laut Arab dan mendarat menjelang petang Khamis.

Pada awal Khamis, ribut itu, yang diklasifikasikan sebagai taufan yang sangat teruk, berpusat 180 kilometer dari pelabuhan Jakhau di Gujerat dan 270 kilometer dari Karachi di Pakistan, kata Jabatan Meteorologi India (IMD).

Ribut itu dijangka membawa angin maksimum 115-125 kilometer sejam (kmj hingga 140kmj, turun daripada 150kmj yang dianggarkan oleh IMD semalam.

Taufan itu masih dijangka mendarat berhampiran pelabuhan Jakhau India, antara Mandvi di Gujarat dan Karachi, kata IMD.

Menjelang bencana alam itu, sekolah, dewan dan bangunan kerajaan telah dijadikan pusat perlindungan ornag ramai.

Kapal dan bot telah dipindahkan dari beberapa kawasan di pantai Pakistan manakala hospital di wilayah itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi taufan itu. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast