Prof Emeritus Profesor Datuk Mahmood Zuhdi Ab. Majid

KUALA LUMPUR – Prof Emeritus, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara itu meninggal dunia pada pukul 10.20 malam.

Jenazah allahyarham akan dimandikan di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14, Petaling Jaya pagi ini untuk solat jenazah.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.- MalaysiaGazette