Mason Mount. Foto BBC.

LONDON – Manchester United dijangka membuat tawaran baharu £50 juta (RM295 juta) dalam usaha mendapatkan khidmat Mason Mount minggu ini.

Ia selepas tawaran asal mereka £40 juta (RM236 juta) terhadap pemain berusia 24 tahun itu, yang mana kontraknya di Chelsea berakhir pada musim panas 2024, ditolak pada Rabu lalu.

Mount sebelum dilaporkan sudah pun bersetuju dengan syarat peribadi untuk menyertai United musim depan.

Ini kerana dia mahu meninggalkan Stamford Bridge selepas enggan menyambung kontraknya yang akan tamat tahun depan.

Pemain berusia 24 tahun itu bertekad untuk meninggalkan Chelsea dan kelab itu tidak akan menghalangnya.

Malah, Chelsea akan mencuba dan menarik bayaran setinggi mungkin bagi mengelak kehilangannya secara percuma pada 2024.

Mount juga telah menarik minat Arsenal dan juga Liverpool tetapi nampaknya United memenangi perang bidaan itu.

Pemergian pemain tengah serba boleh serta penyerang itu menandakan permulaan rombakan besar di bawah pengurus baharu Chelsea, Mauricio Pochettino. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast