Datuk Seri Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR – Dasar luar dan pelaburan asing serta meningkatkan peluang perniagaan merupakan intipati yang akan dibincangkan antara Malaysia dan Belanda.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadie berkata, lawatannnya selama dua ke Hague bermula hari ini adalah selaras dengan usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Belanda.

Katanya, Belanda merupakan rakan dagangan yang penting buat Malaysia, sejak hubungan diplomatik ditubuhkan pada tahun 1957 dimana negara itu merupakan salah satu negara Kesatuan Eropah (EU) yang penting bagi Malaysia dari segi perdagangan, pelaburan, pertanian, pelancongan, kebudayaan, dan banyak lagi.

“Dalam lawatan ini, saya akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat saya, TYT Wopke Hoekstra, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Belanda merangkap Menteri Luar Negeri.

“Pelbagai perkara akan dibincangkan terutamanya mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara. Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak di sini dalam usaha meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pendidikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berharap Lawatan Kerjanya itu akan dapat mengekalkan momentum dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Belanda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast