KUALA LUMPUR – Mangsa kedua yang hilang dalam insiden kepala air Air terjun Kampung Orang Asli Sungai Pertak di Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor berjaya ditemui malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa kedua ada wanita tempatan bernama Jenny Wong ditemui pada jam 10.20 malam.
Mangsa ditemui di celah batu pada jarak 50 meter daripada tempat mangsa pertama ditemui.
“Namun hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan perkembangan terkini sebentar tadi.
Terdahulu, dalam insiden jam 5.30 petang tadi pihak bomba menerima panggilan memaklumkan dua wanita dihanyutkan arus deras semasa mandi di air terjun itu.
Mangsa pertama yang dikenali sebagai Yuan Ling, 55 seorang wanita China, ditemui pada jarak 200 meter dari lokasi asal kejadian.
Mayatnya dijumpai tersangkut di celah batu pada jam 6.16 petang. – MalaysiaGazette