KUANTAN – Seorang lelaki yang memandu ecara berbahaya dengan merapati belakang kenderaan orang lain serta memotong secara zig-zag tanpa memberi isyarat di Pekan, baru-baru ini telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 22 tahun telah berjaya diberkas polis di pada jam 10.30 pagi semalam di Pekan bersama kereta Myvi yang digunakan dalam video tular aksinya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bagi kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi daripada RM15,000 jika disabitkan dengan kesalahan.
Pada 10 Jun lalu tular di aplikasi Twitter ‘Jabatan Netizen Malaysia’ rakaman video menunjukkan aksi seorang pemandu Myvi warna kelabu memandu secara melulu dan membahayakan.
Rakaman terjebut jelas suspek melakukan aksi ‘zig zag’ di Jalan Sg. Soi, Kuantan yang mana aksi tersebut membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. – MalaysiaGazette
@















