Remaja Myanmar dipaksa bekerja kedai runcit diselamatkan Imigresen di Kajang dalam serbuan semalam. Ihsan JIM

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan warga Myanmar yang dipercayai diupah menjadi jurujual kedai runcit secara paksa di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda dekat sini telah diselamatkan oleh Jabatan Imigresen.

Mangsa telah diselamatkan menerusi satu operasi yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) padan 20 Jun lalu.

Jabatan Imigresen berkata, remaja tersebut diselamatkan oleh Unit Risik Operasi Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) bersama Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Operasi dijalankan melibatkan mangsa berumur 15 tahun yang merupakan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sebuah premis perniagaan runcit.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah diupah bekerja di premis runcit itu oleh majikannya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, JIM bertindak atas aduan orang awam dan menyerbu premis terbabit sebelum berjaya menyelamatkan mangsa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati majikan mangsa berusia 47 tahun merupakan seorang warga tempatan turut dipanggil untuk dirakam keterangan atas kesalahan mengupah remaja asing di kedainya,” katanya.

Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. adoi tak boleh eja betul2x sikit ke?Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (2007)ape yg ko nyelundupan ni?nyelundup ketum ke ape?adoi la hai,boringg arr…

Comments are closed.