Ibu pejabat Zimmer Biomet di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka mengembangkan saiz pasaran Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) kepada AS$6.7 bilion menjelang akhir 2025 berbanding AS$4.95 bilion pada 2020 .

Ketua Presiden Asia Pasifik Zimmer Biomet Holdings, Inc., Sang Yi berkata, industri GBS memainkan peranan penting dalam ekosistem digital Malaysia yang matang dan inovatif, dengan lebih 600 syarikat GBS yang aktif kini beroperasi di Malaysia.

Tambahan lagi, GBS merupakan perkara utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan peluang baharu daripada Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), menunjukkan lagi bahawa Malaysia merupakan satu lokasi strategik yang menjadi pilihan kepada Zimmer Biomet.

Pusat GBS di Malaysia ini merupakan pusat yang ketiga bagi Zimmer Biomet, selepas Warsaw di Poland yang dilancarkan pada 2021 untuk rantau EMEA dan Bogota di Colombia dilancarkan pada 2022 untuk rantau Amerika.

Zimmer Biomet ialah peneraju teknologi kesihatan dunia dan GBS telah membu ibu pejabatnya bagi rantau Asia Pasifik (APAC) di Kuala Lumpur.

Sang Yi berkata, Zimmer Biomet akan terus memainkan peranan penting di Malaysia.

“Sebagai pusat kecemerlangan dan landasan pelancaran untuk inovasi yang dipertingkatkan di rantau Asia Pasifik (APAC), Pusat GBS yang baharu dibuka di Malaysia ini mempunyai pasukan yang bersemangat dan akan terus berkembang.

“Ia juga mempunyai ruang kerjasama bertaraf antarabangsa di mana pasukan kami boleh memberi khidmat terbaik kepada perniagaan Zimmer Biomet dan meningkatkan kecekapan kami di rantau Asia Pasifik.

“Memandangkan pasukan komersial dan Pusat GBS di Malaysia akan terus berkembang, kami sedang mencari mereka yang berbakat yang ingin menyumbang untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dan mencapai misi Zimmer Biomet kami di peringkat antarabangsa dan tempatan,” katanya.

Apatah lagi, tambahnya, pasaran GBS Malaysia merupakan industri yang amat matang dengan kewujudanya yang melebihi 20 tahun.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zimmer Biomet, Bryan Hanson berkata, firma ini sudah berada lebih dua dekad di Malaysia dan menjadi rakan kongsi dengan pelanggan dalam menyediakan produk yang berkualiti tinggi dan innovatif serta perkhidmatan kepada industri penjagaan kesihatan.

Zimmer Biomet mempunyai lebih daripada 90 tahun kepimpinan yang dipercayai dan kepakaran yang terbukti dalam industri penjagaan kesihatan dan teknologi perubatan musculoskeletal, serta dipasarkan di lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

Firma ini juga mempunyai pekerja sebanyak 18,000 orang di seluruh dunia termasuk 3,740 pekerja tetap di rantau Asia Pasifik (APAC) dan 100 pekerja di Malaysia.

Ia mempunyai bakat perkerja yang berbilang bahasa dan celik dunia digital serta keupayaannya untuk mengekalkan kesinambungan perniagaan semasa pandemik menguatkan lagi keputusan untuk menempatkan Pusat Zimmer Biomet GBS di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast