Poster yang dikongsi di laman sosial.

KUALA LUMPUR – Pelawak Jocelyn Chia yang menjadikan kejadian MH370 sebagai bahan sendaan dikatakan bakal mengadakan persembahan di Malaysia pada Ogos.

Sinchew Daily melaporkan, Jocelyn akan menyertai rakan senegara iaitu Chrissie Mayr dari Amerika Syarikat untuk mengadakan persembahan yang dikenali sebagai Jelajah Minta Maaf atau “Apology Tour”.

Chrissie telah mengumumkan dalam satu hantaran Instagram bahawa persembahan bersama Jocelyn akan mengambil tempat pada 26 Ogos di satu tempat dikenali sebagai Live House di Kuala Lumpur.

Chrissie berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas perhatian yang diberikan kepada dirinya dan Jocelyn.

Dia juga teruja dengan persembahan yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan memberitahu tiket telah mula dibuka untuk jualan.

Dalam pada itu, Jocelyn juga menulis dalam media sosial bahawa persembahan itu sesuatu yang diinginkan orang Malaysia.

“Kenapa berasa tidak gembira? Ingatkan anda mahukan saya meminta maaf, kini boleh melihat saya meminta maaf secara langsung,” katanya.

Ramai netizen bagaimanapun berpendapat persembahan itu tidak benar dan bertujuan mewujudkan lebih banyak kontroversi.

Mereka berpendapat Jocelyn yang dikehendaki polis Malaysia tidak mungkin dapat mengadakan persembahan di negara ini.

Pelawak itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila menjadikan kejadian MH370 sebagai gurauan manakala Chrissie pernah mempertahankan Jocelyn dan berpendapat dia tidak perlu meminta maaf. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. KDN dan PDRM jangan le buat tak tau je ye…Dorang masuk Malaysia nanti terus tangkap…dakwa dan penjarakan…tak payah nak bebaskan atas jaminan polis pulak…usah jadi lembik sangat…Maruah negara jadi bahan lawak…perasaan mangsa dan waris MH370 diketawakan…

Comments are closed.